MY BLOG IS YOU BLOG

COME SHARE THE STORY WITH ME ABOUT WW2 WW1 FISHING YOU HOBBY AND EVERYTHING NEW IN YOU PLACE

Saturday, January 15, 2011

Penangan Ikan Toman



  Ikan TOMAN spesis ni memang menjadi buruan pemancing tegar macam penulis.Pemancing gemar memburu toman bersaiz besar dan serdang.Tapi kalau dapat yang kecik tu kire rezeki jugak.Dalam gambar ni penulis berbaju merah yang tersenyum bangga tu.Berjaya menaikan toman seberat 5kg.Nak diigatkan kat cini.Toman ni tarikan die lain macam cikit.Kuat la kalau die menyentap ke dalam.

  Lagi satu,toman ni ikan yang jenis bijak.Time makan umpan die akan try kuahkan balik mata kail yang tersangkut kat mulut die.So mesin tu sentiasa kena ketatkan supaya ikan tidak terlepas dari mata kail.Mata kail kalau boleh gune yang besar la.jangan gune yang kecik.takut patah.

  Trip memancing kali ni.Penulis bersama 12 rakan pemancing tegar memancing di Empangan Batu Ulu Yam Selangor.Perjalanan daripada Kuala Lumpur mengambil masa hampir 45minit.So tempat ni xdelah jauh sangat daripada Kuala Lumpur.Orang KL senang la ye.ade port memancing toman ni.

 Samapai je penulis di Empangan ni.macam dugaan timbul.Antara dugaan yang kami tempuh adalah tempat banyak dah penuh.Umpan yang kami beli iaitu anak ikan keli dan keli pasar nak mati dah.lemas dok kat belakang bonet kete lama sangat.

 Tapi segala dugaan x mematahkan semangat kami.terutamanya penulis untuk terus menggegarkan Empangan Batu nih.Pada ari tu penulis membawa 5 set senjata utama memburu toman yang sememangnya banyak di empangan batu nih.Umpan pertama dilontarkan disusuli umpan seterusnya.

  SEJAM menunggu umpan xkena usik.rasa bowing pon ade.Macam nak g mandi kat sungai ulu yam tu jer.tapi semangat nak memancing masih ade lagi.Penulis terus menunggu dengan sabar.Hampir 2 jam masa berlalu.Keboringan di tahap gaban.Ikan masih lagi tidak menyentap umpan yang penulis lontarkan.

  Penulis melihat teman teman juga keboringan menunggu joran tidak bergoyang semenjak dari mula memancing.Penulis pergi ke bawah pokok buluh untuk memotong rebung.Ye lah dari dok tunggu ikan xmkn.baek penulis cari rebung buluh.boleh buat lauk petang nnti.Dalam masa yang sama penulis melihat joran bengkok kebawah.Dalam hati penulis *tali sape lak sangkut ngan umpan aku nih.kacau daun tol la*Apa lagi penulis pon pergi ke arah joran.Aik macam nak terbang jer joran ni.Penulis terus menyentap joran.Mak ai terasa cam nak tercabut jer tangan apabila sentapan penulis dibalas dengan sentapan si toman.

  Mak ai.ni mesti toman yang saiz besar ni dalam hati penulis berbisik.Penulis cuba menarik sedaya upaya supaya hasil tangkapan tidak terlepas.Xbg change punye.selepas 5minit bertarung.akhirnya toman berwarna hitam berjya dinaikan.perh berbaloi gak tunggu 2 jam nak merasa tarikan toman ni.

 Tepat jam 4ptg.Kami beransur pulang.Pada ari tu.tangkapan kami xsehebat tangkapan di tasik kenyir.Rasanya kat kenyir lagi best.tapi kos mahal la pulak.Kawan kawan penulis boleh la pergi.Rata rata dah berumur dan mempunyai kerjaya.Tapi penulis masih lagi belajar.Setakat setahun sekali boleh la pergi tasik kenyir tu.Tiap tiap bulan pergi mau penulis makan pasir jer kat U nnti.

No comments:

Post a Comment