MY BLOG IS YOU BLOG

COME SHARE THE STORY WITH ME ABOUT WW2 WW1 FISHING YOU HOBBY AND EVERYTHING NEW IN YOU PLACE

Wednesday, December 22, 2010

Ngankung

Kutipan Filem Ngankung terbaru 7.7juta.baru tengok statistik yang dikeluarkan finas pada mlm tdi 22dicember.Member aku lak cakap david teo msg bos die mlm tdi bg tau Ngankung dah cecah rm8juta.adoi david teo ni xcabo nak cecah 8juta erk.cukup sebulan Ngankung kuar kat wayang erk.ker lagi 3 ari lagi.rase cecah kot rm8 juta tu.

Hantu Kak Limah Balik Rumah

kutipan tiket hantu kak limah ni dah 4.2juta dah tutup kol 12mlm 22disember.perh 2 minggu tayangan dah 4.2juta.rase2 klu sebulan boleh la dapat dalam 6-7juta.cite die memang best.sambungan daripada zombie kg pisang.aku dah tgk dah cite ni.terbaik dari ladang la.


Lucu memang lucu.Awie terbaik la lakonan anda.moga diteruskan dalam sambung yang ketiga.mamat khalid.aku dah xcabar nak tgk arahan anda yang seterusnya.psl cerita estet tu cian ko erk.kos nak dekat rm2juta tpi tiket xsampai 1juta terjual.redha je lah ye mamat.

Monday, December 20, 2010

Askar Melayu zaman 1940an

Pada awal 1900 askar melayu ditubuhkan dimalaya.Askar melayu ni pada awalnya.British xnak sangat tubuhkan sebenarnya.mereka lagi suka mengupah tentera daripada negara india yang lebih murah dan setia.tapi atas desakan daripada raja raja melayu dan pegawai pegawai melayu dalam pemerintahan british ni.Askar melayu pon ditubuhkan.klu korang tgk page ni.gambar askar melayu yang mula mula berlatih untuk menjadi askar melayu cam hampeh jer.baju lain.seluar lain time berlatih.

Wednesday, December 15, 2010

I.R Iran Power: The New Generation



setahu aku.militari iran ni xkuat mane pon.tpi dalam video video kat you tube ngan fakta yang dikeluarkan tentera iran tenteang kekuatan tentera islam iran ini macam gempak giler je.bru bru ini.iran telah mengemparkan dunia apabila membuat ujian peluru berpandu jarak serdahana yang boleh mengancam israel.

tujuan iran ni xlaen dan bukan untuk nak takut takutkan israel dan sekutu kuat die amerika,klu ikutkan.israel ade mcm2 peluru berpandu untuk menghalang peluru berpandu dari iran ni.amerika lak baru baru telah berjanji nak bg 10 raptor atau f-22 yang canggih tu.amboi.rsenye israel ni makin bongkak la dengan jet yang bru ni.sebab mane2 petempuran yang ade jet ni.mesti amerika menang.lagipon belom ade dalam sejarah raptor berjaya ditembat jatuh lagi tau.

Bermulanya penjajahan negara matahari terbit ke atas Malaya


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.
Sewaktu antara tempoh perperangan, strategi tentera British di Timur Tengah dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan.
Rancangan kerajaan British bergantung terutamanya pada meletakkan angkatan laut yang kuat di pangkalan Tentera Laut Singapura apabila berlakunya sebarang pergeseran dengan musuh, untuk melindungi kepentingan Timur Tengah British dan laluan ke Australia. Bagaimanapun, tempoh jangkaan tiba Tentera Laut Diraja British, sekiranya Tanah Melayu atau Singapura diancam, disambung dari minggu ke bulan, sehingga akhirnya, apabila perang meletus di Eropah pada 1939, ia jelas kelihatan bahawa tiada angkatan laut mungkin akan tiba.
Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan, sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga 500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu kereta kebal pun.

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu 
Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.

Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun

Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu

Lockheed Hudson Mk V
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

Pihak Jepun telahpun mengugut kerajaan Thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera Thai bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, selepas bertempur dengan tentera Thai selama lapan jam dalam Pertempuran Prachuab Khirikhan pada awal pagi. Thailand kemudiannya akan terlibat dalam perikatan tentera rasmi dengan Jepun untuk terus menyerang Tanah Melayu. Bagi pasukan yang mempertahankan koloni, terdiri daripada tentera British, Australia dan India, Pertempuran Tanah Melayu merupakan kempen yang membawa bencana.
Ketumbukan ke 5 tentera Jepun yang dipimpin oleh Lt. Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.
Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor ke III India dari Tentera India dan beberapa batalion tentera British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
Pasukan Jepun mempunyai sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan yang banyak dalam sokongan udara dekat, kereta kebal, kordinasi, taktik dan pengalaman oleh unit Jepun yang pernah bertempur dalam China. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak mempunyai kereta kebal, yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak Jepun juga menggunakan infantari berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas pasukan mereka melalui darat dan melalui muka bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.
Pihak British telah mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi Matador dan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.
Force Z tentera laut, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Tom Phillips telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepada Penenggelaman HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941, menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka
Pengunduran pasukan tentera British bukan sahaja menjatuhkan moral pasukannya, malah memberi kesan taktikal kepada pertahanan Kedah. Serangan Jepun diteruskan hingga ke malam dan mereka berjaya memduduki beberapa tempat yang strategik di Bukit Jantan dan Bukit Alor iaitu dua tempat yang penting bagi pertahanan Jitra. Akibatnya pasukan British berundur ke selatan dan cuba memperkuatkan kedudukannya di Sungai Bata dan Kelubi dengan menggunakan askar Gurkha dan Punjab.
Sementara itu di pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya. Beliau mengarahkan Rejimen ke - 40 supaya menyerang bahagian timur jalan. Taktik penyeludupan juga dibuat untuk mara ke kawasan musuh dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal akibat hujan lebat tetapi bernasib baik kerana pasukan Punjab tidak diselaras bagi menyerang pasukan Jepun, akibat kelemahan sistem perhubungan tentera British.
Mejar Jeneral Murray - Lyon yang mengetuai pertahanan British di Kedah mengambil keputusan berundur ke Gurun. Langkah ini dipersetujui oleh Ibu Pejabat Pemerintah Tanah Melayu. Pengunduran tentera British dari Jitra dijalankan dalam keadaan cuaca buruk. Ternyata ketumbuhan ke - 11 mengalami kemusnahan agak teruk berbanding tentera Jepun. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.
Kekalahan tentera British dan India ini di Jitra oleh tentera Jepun, yang disokong dengan kereta kebal bergerak keselatan dari Siam pada 11 Disember 1941 dan kemaraan pantas pihak Jepun melalui darat dari beachhead Kota Bharu disebelah pantai barat daya Tanah Melayu mengatasi sistem pertahanan British di utara. Tanpa sebarang kehadiran tentera laut, pihak British tidak mampu mencabar operasi tentera laut Jepun di persisiran pantai Tanah Melayu yang terbukti berguna bagi tentera penjajah. Tanpa kehadiran kapal terbang British, pihak Jepun turut menguasai langit, menjadikan tentera darat Komonwelth dan penduduk awam terdedah kepada serangan udara. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Sementara itu, ketumbukan ke-11 kemudiannya berjaya diundurkan ke selatan Sungai Kedah pada 13 Disember 1941. Dalam pada itu, tentera Jepun telah sampai ke Alor Star dan ramai yang berjaya menyeberangi Sungai Kedah. Bagi menyelamatkan keadaan, Murray -Lyon mengambil keputusan meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi. Pengunduran dari Alor Star ke Gurun kemudiannya diteruskan walaupun persediaan pertahanan di Gurun tidak memuaskan.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
Sementara itu Pulau Pinang dibom hebat setiap hari oleh pihak Jepun dari 8 Disember sehingga ia ditinggalkan pada 17 Disember. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun. Pengunduran orang eropah dari Pulau Pinang, dengan penduduk tempatan dibiarkan begitu sahaja ditangan tentera Jepun menyebabkan malu besar bagi pihak British dan mengasingkan mereka dari penduduk tempatan.

Pada 23 Disember Major-General Murray-Lyon dari Division Infantari India ke-11 ditukarkan dari bertugas tanpa memberi apa-apa kesan. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ketangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara rasminya menandatangani Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) dengan kerajaan Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar. Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan mereka terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu mengukuhkan pendudukan mereka.
Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka seterusnya, bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur tanpa ditentang pada 11 Januari 1942. Pulau Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun
Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia diletakkan pada kedudukan tengah dan bergerak maju ke utara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali dengan pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Major-General Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh (Tentera Imperial Australia) di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi jambatan itu sendiri, yang telah dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki dalam tempoh enam jam.
Pihak Jepun kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas, dengan itu memulakan pertempuran paling sengit dalam kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett meletakkan Brigade India ke 45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh unit Jepun yang mendarat dari laut dan Brigade tersebut hampir musnah sepenuhnya dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.
Pihak British mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar. Diketuai oleh AIF Liftenan-Kolonel Anderson, tentera India yang berundur disokong oleh tentera Australia membentuak pasukan Muar dan bertempur sengit selama empat hari bagi membenarkan sisa tentera Komenwelth berundur dari utara Tanah Melayu, dengan itu mengelakkan dipintas dan berundur melalui pasukan Jepun kekawasan selamat. Apabila Pasukan Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong dan mendapati ia ditangan musuh, Anderson, dengan jumlah yang mati dan tercedera meningkat, mengarahkan setiap orang cuba 'menyelamatkan diri masing-masing'. Mereka yang mampu melalui hutan, paya, dan ladang getah bagi sampai ke ibupejabat batalion di Yong Peng. Mereka yang tercedera ditinggalkan kepada ihsan Jepun dan kesemua kecuali dua dari 135 disiksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Leftenan-Kolenal Anderson dianugerahkan Victoria Cross bagi perjuangannya semasa berundur..

(Royal Engineers) bersedia bagi memusnahkan jambatan semasa berundur.
Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan pada 20 Januari, pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau, walaupun menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest yang lapuk. Pertahanan terakhir Komonwelth di Johor Batu Pahat-Kluang-Mersing kini diserang sepanjang garis pertahanannya. Malangnya Percival telah menentang pembinaan pertahanan kaku di Johor, di persisiran utara Singapura, mengenepikan permintaan berulang untuk memulakan pembinaan oleh Ketua Juruteranya, Brigadier Ivan Simson, dengan ulasan "Pertahanan buruk untuk moral".
Di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. Jeneral Wavell memerintah pengunduran umum menyeberangi Selat Johor ke pulau Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.



Type 94

sekumpulan kereta kebal Type 94


Type 97 "Te-Ke"

Yi-Go

Type 94s

Type 94
Type 89 "Otsu"

Type 95 "Ha-Go"

Type 94s

WORLD WAR 2 - LOST EVIDENCE - SAIPAN - PART 4

WORLD WAR 2 - LOST EVIDENCE - SAIPAN - PART 5

WORLD WAR 2 - LOST EVIDENCE - SAIPAN - PART 3

WORLD WAR 2 - LOST EVIDENCE - SAIPAN - PART 2

WORLD WAR 2 - LOST EVIDENCE - SAIPAN - PART 1

WORLD WAR 2 - LOST EVIDENCE - SAIPAN - PART 1

Saturday, December 11, 2010

video

http://www.youtube.com/watch?v=MFv7UcpbQeQ&feature=player_embedded

Friday, December 10, 2010

Perang Dunia kedua siri 1

Hitler dan Mussolini
Jeneral Poland dan German bersalaman
kereta kebal Poland

Peralatan tentera German lebih moden

Pengeboman ke bandar bandar Poland
Senjata askar Poland yang menyerah kalah


                       Perang  dunia kedua bermula pada 1 september 1939 dimana German menyerang Poland.Dua hari selepas serangan keatas Poland.Negara british dan France mengistiharkan perang keatas German.Poland yang bersekutu dengan negara France dan British telah membuat penjanjian bahawa akan melindungi satu sama lain apabila diserang.Rusia juga turut menyerang poland.Ini menyaksikan perebutan negara Poland diantara dua kuasa besar iaitu Rusia dan German.Akhirnya setelah bertempur sekian lama.Tentera German berjaya menewaskan tentera Poland dengan jayanya.Ini disebabkan tentera German mempunyai tentera yang lebih besar dan mempunyai mesin perang yang lebih moden.Kejayaan tentera German juga disebabkan mempunyai keupayaan tentera udara yang dikenali Luftwafe telah mengebom kedudukan tentera Poland dengan berkesan tanpa dogfight daripada pihak Poland.Keupaan tentera udara German memainkan perana yang penting selain daripada strategi tentera German yang menggunakan serangan kilat iaitu dikenali sebagai blitzkrieg.Serangan kilat atau blitzkrieg ialah strategi serangan pantas yang digunakan tentera German untuk mengalahkan tentera musuh dengan berkesan.Dengan menggunakan unit serangan berperisai yang dikenali sebagai panzer.Panzer iaitu unit yang mengandungi kereta kebal dan perisai sahaja.Serangan blitzkrieg menyebabkan kedudukan tentera musuh huru hara dan tidak teratur.Pada awal peperangan tektik briztkrieg begitu berkesan dimana tentera musuh bersenjatakan raifal dan meriam alteleri juga sedikit kereta kebal tidak berupaya menahan kemaraan tentera German yang menggunakn kereta kebal yang laju dan perisai yang lebih tebal.Antara kereta kebal yang digunakan oleh pihak german pada awal perang dunia pertama ialah Panzer III dan juga Panzer IV Kemaraan tentera German di bantu oleh tentera udara German atau dikenali sebagai Luftwafe.Dimana kapal terbang German lebih moden dan berkeupayaan membawa muatan bom yang lebih banyak dan lebih laju daripada kapal terbang Poland.Antara kapal terbang yang terkenal yang berjaya memusnahkan banyak musuh ialah STUKA.Stuka berkeupayaan membawa bom seberat 4000 paun disamping mempunyai kelajuan melebihi 250mph.Kejayaan menawan Poland dengan pantas dan tidak mendapat tentangan yang kuat menyebabkan adoft hitler mula memikirkan pelan baru iaitu menawan negara Eropah yang lain.Pada bulan may dan april tahun 1940 Futher German itu kemudian mengarahkan tentera German menyerang negara Belgium Belanda dan Luxembourg(Negara bawah aras laut).Tentera German begitu yakin dapat menewaskan tiga negara Eropah di barat laut Eropah dengan jayanya.Negara Negara bawah aras laut ini cuma bertahan dengan kekuatan yang sedia ada.Mereka cuba bertahan dengan membuat kubu di garisan sempadan.Tetapi tentera German dengan pantas menawan kebanyakan pos pos pertahanan negara belanda belgium dan luxembourg dengan pantas.Kemuncak peperangan apabila futher German mengarahkan serangan udara secara besar-besaran ke atas negara-negara barat laut Eropah ini.Ketua negara belanda dan belgium mendapat tahu bahawa tentera German hendak menggunakan serangan udara secara besar-besaran.Mereka mengambil keputusan untuk menyerah kalah dan menghubungi pihak German untuk menyerah kalah.Pihak German memanggil skudron Luftwafe kembali ke German tetapi pesanan itu lambat sampai kepada tentera udara German.Pasukan udara Luftwafe terus mengebom negara bawah aras laut dengan hebatnya.Bandar-bandar di negara belanda belgium musnah teruk disebabkan pengeboman tentera udara German.Tidak cukup dengan itu.Tentera German menawan negara Norway dan Denmark untuk mendapatkan bekalan besi dan bahan mentah yang lain untuk membuat peralatan tentera.Pada awal tahun 1940 tentera British dan France telah mara ke utara France iaitu di brussel namur dan antwerp.Tentera yang lebih dikenali sebagai tentera bersekutu ini mara ke utara France untuk menyerang kedudukan tentera German.Pihak tentera bersekutu yakin bahawa tentera German tidak dapat menembusi pertahanan yang dibuat oleh tentera bersekutu di utara Frace.Tentera bersekutu menempatkan meriam meriam berat.mashigen berat dan banyak meriam penangkis kereta kebal disamping kekuatan askar hampir satu juta tentera.Selain daripada alteleri dan meriam penangkis kereta kebal.Pihak bersekutu juga mempunyai kereta kebal yang dikatakn susah nak dikalahkan iaitu Matilda.Matilda ialah sebuah kereta kebal british yang mempunyai perisai yang tebal dan meriam yang lebih baik daripada kereta kebal German.Matilda  diketegorikan sebagai kereta kebal berat.Kereta kebal Tetrarch British juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan kepada kereta kebal Matilda.Selain daripada Matilda France juga mempunyai kereta kebal yang berkesan iaitu kereta kebal hotckiss H35. Char 2c .Char B1. Renault R35.dan banyak lagi yang dikatakan maju dan terbaik pada masa itu.Begitupun tentera German di bawah jeneral atau field marshal Gerd Von Rundsted Gunther Von Kluge Georg Von Kucler Fedor Von Bock  Erwin bomel tegas menyatakan bahawa tentera German harus melakukan sesuatu untuk mengalahkan tentera bersekutu.Salah sorang daripada jeneral tentera german memutuskan untuk membuat serangan kilat tetapi bukan menyerang berhadapan dengan pertahanan tentera bersekutu.Sebaliknya melalui belakan kedudukan tentera bersekutu.Nama jeneral tentera German yang mencadangkan serangan kilat dari belakang kedudukan tentera bersekutu aku dah lupe tapi beliau salah seorang jeneral yang memainkan peranan dalam kejayaan tentera German semasa penaklukan tentera German keatas negara Poland.Beliau yang membuat keputusan untuk menyerang dari belakang pertahanan tentera bersekutu.Menyerang melalui belakang pertahanan tentera bersekutu dapat melemahkan pertahanan tentera bersekutu dengan memutuskan bekalan makanan belakan ubatan dan bekalan peluru tentera bersekutu.
Askar askar German mara masuk ke bandar France
Pesawat Stuka terbang diatas bandar Paris membuat tinjauan
Askar German masuk ke bandar France
Askar German mara ke France
Kubu Kuat France dikalahkan tentera German









                                                                                                                                                                        
Paris jatuh ke tangan German

Apabila bekalan tentera british dan france disekat.mereka hanya mengharapkan bekalan yang sedia ada sahaja.tentera british dan france cuba menyerang kedudukan tentera German dibelakang kedudukan pertahanan mereka tetapi tidak berjaya.ini disebabkan kebanyakan alteleri berat dan segala peralatan tentera menghadap kehadapan barisan pertahanan british dan france.Melihat kesulitan yang dihadapi oleh tentera british dan france.hitler mengarahkan tenteranya mara dengan pantas untuk menewaskan tentera bersekutu.kemaraan tentera German tidak dapat digugat lagi apabila mereka berjaya mengepung kedudukan tentera bersekutu.tentera bersekutu cuba melengah lengahkan pertempuran di hadapan mereka dengan meletakan askar askar france yang berani untuk berkorban bertempur habis habisan dihadapan sementara askar yang cedera dan selebihnya berundur ke pelabuhan untuk berundur melalui laut.Tentera bersekutu berpendapat bahawa mereka tidak akan menang jika terus bertempur tanpa bekalan makanan dan peralatan perang yang mencukupi.jalan yang terakhir adalah melalui penunduran.
Di pihak tentera German pula.Pasukan panzer mengalami keletihan dan banyak kereta kebal dan perisai mengalami kerosakan disebabkan pertempuran yang berpanjangan tanpa henti.Hitler mengarahkan askar German berehat selama dua hari untuk membaiki kerosakan pasukan panzer mereka disamping memberi askar mereka rehat yang secukupnya.selepas dua hari berlalu.hitler mengarahkan pasukan panzer mara kehadapn.pada masa yang sama.hujan lebat melanda kawasan kemaraan tentera German.Ini memberi ruang kepada tentera France dan British untur berundur melalui jalan laut.Kebanyakan askar bersekutu dapat berundur dengan selamat ke tanah British.Perdana Menteri British mengarahkan sebuah ekspedisi menyelamat ke tempat askar askar bersekutu terperangkap di pelabuhan utara France.Beribu ribu bot kecil dan besar mara ke utara France dan membawa askar askar bersekutu.Tetapi peralatan berat tentera bersekutu tidak dapat dibawa dan terpaksa ditinggalkan mereka diperlabuhan.
Apabila panzer sampai dikawasan perlabuhan itu.mereka mendapati yang tinggl hanyalah jentera dan perlatan perang tentera bersekutu disamping hanya sedikit askar bersekutu yang tidak sempat menaiki kapal dan bot untuk berundur.
Nampak nya askar bersekutu terselamat daripada ditawan oleh tentera German peperangan kali ini.akan tetapi pertahanan utara France telah runtuh sepenuhnya.yang tinggl hanya beberapa pos dah kubu pertahanan kecil yang dikawal oleh sedikit askar France.
selepas jatuhnya pertahanan akhir yang kuat diutara France. Beribu ribu Kereta kebal tentera German masuk ke negara France dengan sedikit tentangan daripada pihak France.Perdana menteri France pernah menghubungi perdana menteri british dan memberitahu bahawa mereka sudah tewas apabila kekuatan tentera bersekutu dikepung semasa bertahan di utara france.

Perang Dunia kedua siri 2

Dalam episod lalu.tentera German menggunakan kekuatan kereta kebal untuk memasuki negara France tanpa banyak tentangan.Bandar-bandar France dimasuki tentera German dengan tanpa tentang yang sengit.Rakyat France hanya memandang kedatangan tentera France dengan hati yang kecewa dan sedih.mereka tidak dapat berbuat apa kerana angkatan tentera France telah kalah sepenuhnya pada pertempuran lalu.



Panzer army mara ke Rusia










Selepas berjaya menawan France.Kekuatan negara German tidak dapat disangkal lagi.German mengancam mana mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka.Melihat keadaan yang tidak stabil dan takut diserang.Banyak negara yang berjiran dengan German membuat penjanjian dan memasuki pakatan yang telah ditubuhkan oleh German sebelum perang lagi iaitu AXIS.Axis yang dianggotai oleh Japan Italy dan German sendiri telah bersetuju untuk memasuki perang dunia kedua sebagai pakatan dan bersetuju untuk menolong satu sama lain.Melihat German Italy sebagai ancaman.negara Hungary Romania menyertai pakatan Axis kerana takut diserang.Pada awal rancangan Hitler mahu menewaskan satu persatu kuasa besar eropah sahaja.Tetapi melihat keupayaan tenteranya menewaskan banyak negara dan kuasa besar France dan British dengan mudah.beliau yakin dapat mengalahkan Rusia dalam operasi BARBAROSSA.Pada bulan jun tahun 1941.tentea Axis membuat persiapan untuk menyerang negara Rusia.Dalam pelan yang dirancang.Tentera Romania dan Hungary juga turut menyertai operasi barbarossa ini.Selain operasi ini pada masa yang sama.Hitler telah menghantar askar askarnyar ke Afica dan England untuk menawan negara tersebut.

Dalam operasi Barbarossa ini.Tentera German diberi taklimat yang begitu terperinci mengenai rancangan penaklukan ke atas Rusia.Hitler menjangkakan akan dapat menawan Rusia dalam masa setahun sahaja.Rancangan Hitler ialah tidak mahu memanjangkan operasi sesuatu peperangan kerana sumber dan bahan mentah untuk membuat alatan perang tidak mencukupi disamping memnpunyai bekalan minyak yang terhad.

 Rancangan Hitler untuk menawan Rusia adalah membahagikan tentera German kepada tiga bahagian.



Askar Askar German mara kehadapan wilayah rusia

Tentera German yang terbahagi kepada tiga bahagian disokong oleh infantri daripada tentera romania hungary dan italy.Tiga bahagian kumpulan itu dibahagikan untuk memudahkan rancangan Hitler untuk menyerang Rusia.Tiga kumpulan itu dikenali sebagai utara tengah dan selatan.Dibahagian utara army kumpulan utara diketuai oleh jeneral von Leed mengetuai army group 18 dan 16 disamping mendapat support daripada askar simpanan.Tentera German disebelah utara mendapat sokongan daripada pasukan panzer yang terbaik daripada skuad panzer.Mereka medapat pasukan panzer yang termoden dalam pasukan German iaitu panzer IV.Disamping mendarat pasukan panzer yang kuat.Meraka juga disokong oleh pasukan Luftwafe yang berpengalaman.Tentera di belah utara ini ditugaskan untuk menawan bandar Leningard dan menuju ke Moscow.Di bahagian selatan diketuai oleh army group 6 yang berpengalaman.kebanyakan anggota six army adalah yang mendapat anugerah knigh cross.iaitu anugerah tertinggi dalam tentera German yang diberikan kepada mereka yang banyak berjasa dan mendapat pengiktirafan daripada tentera German disebabkan keberanian mereka dan kepakaran mereka dalam berperang.Army Group Six ditugaskan untuk menawan bandar bandar selatan Rusia seperti Stalingard dan juga Rostov.Manakala pasukan tengah pula ditugaskan untuk menawan bandar Dynamo seterusnya ke Moscow

Askar German mula menyerang ke wilayah Rusia pada jun 1941.Pada awal pertempuran yang berlaku.Tentera rusia kebanyakannya hanya membuat kubu kubu bawah tanah dan kubu parit sepanjang sempadan Rusia Poland.Tentera German menyerang menggunakan kereta kebal dan perisai disamping mendapat sokongan daripada tentera berjalan kaki.Askar Rusia berjuang habis habisan untuk bertahan di sepanjang sempadan.mereka menggunakan mashigen berat motar dan raifal untunk menentang tentera German yang menggunakan Jentera berat.disebabkan tentera jerman menyerang menggunakan tentera yang lengkap dengan sokongan udara dan perisai.Askar rusia tidak dapat bertahan dengan lebih lama lagi.Askar rusia tidak dapat menggunakan sokongan udara dan kebanyakn alteleri berat kerana tidak menyangka tentera German akan menyerang negara Rusia.Ini kerana meraka telah bersekutu pada awal peperangan untuk menakluk poland dan membuat penjanjian untuk tidak memusuhi satu sama lain.Setelah sempadan Rusia diceroboh.Tentera udara German Luftwafe menyerang pangkalan tentera udara Rusia supaya kapal terbang rusia tidak dapat mengebom kemaraan tentera German.Kebanyakan kapal terbang Rusia tidak dapat digunakan pada awal pertempuran.Ini bermakna askar Rusia terdedah kepada serangan udara daripada German.

Disebelah selatan Rusia.Six army berjaya menembusi sempadan rusia.Six army menggunakan serangan kilat atau briztkrieg.Pasukan panzer II III dan IV berjaya mengucar kacirkan pertahanan di.Kemaraan tentera German sukar ditangkis kerana mereka di sokong oleh tentera udara dan pasukan berperisai.Melihat keadaan yang meruncing ini.Perdana Menteri Rusia ketika itu Joseph Stalin mengarahkan ketua jeneral zhukov untuk memulakan operasi pertahanan secara besar besaran.Dalam operasi pertahanan itu.Tentera rusia membuat kubu kubu dibandar bandar rusia seperti di Stalingard Moscow Kurs Leningard Rostov.Bandar bandar di negara rusia telah di siapkan dengan kubu kubu pasir dan tong tong berisi simen disamping perangkap kereta kebal dibina dengan banyak di jalan jalan raya.

Pada masa yang sama Jeneral Zhukov mengarahkan kereta kebal dan alteleri berat segera dihantar kebarisan hadapan.barisan ketika itu tidak dapat menahan kemaraan tentera German.Tentera rusia pada waktu itu mendapat sokongan daripada kereta kebal yang sudah lama dan uzur seperti T-24 dan T-26.kereta kebal Rusia bukan tandingan bagi tentera German.Kebanyakan pertempuran kecil yang berlaku disempadan Rusia menyaksikan tentera Rusia membuat kubu pertahanan daripada beting pasir dan parit yang digali.mereka menggunakan senjata raifal ringan.mashigen ringan dan berat.disamping penggunaan alteleri ringan dan meriam penangkis kereta kebal.

Pesanan daripada Jeneral Zhukov supaya penghantaran besar besaran tentera Rusia dan peralatan perang yang lebih banyak ke medan perang dibuat dengan pantas.Askar askar rusia yang mendapat latihan perang dan terlatih di hantar ke medan perang.Pada watu yang sama kereta kebal Rusia T-34 yang tiba di barisan depan mula menunjukan taring.Semasa awal pertempuran di sempadan wilayah Rusia dan Poland.Kereta kebal Rusia mudah dimusnahkan oleh kereta kebal German.Tetapi apabila kereta kebal T-34 Rusia sampai ke medan utama pertempuran.Kereta kebal German sukar untuk memusnahkan kereta kebal Rusia yang baru sampai itu.kereta kebal rusia mempunyai perisai yang menyondong di depan dan tepi.ini dapat memantulkan peluru daripada kereta kebal German apabila kena tembakan.Kereta kebal T-34 Rusia berjaya melambatkan kemaraan tentera German dan disamping itu kereta kebal Rusia itu berjaya memusnahkan banyak kereta kebal German.Ini merunsingkan kepala komander panzer German.Hal ini segera diberitakan kepada Hitler.Hitler yang kagum dengan kehebatan T-34 segera memerintahkan askar askar German membawa pulang kereta kebal T-34 Rusia yang ditawan untuk membuat kajian.

Setelah kajian dibuat.Pihak German telah meniru model T-34 dan mencipta satu tank yang lebih kuat dan moden iaitu Panzer V atau diberi nama Panther.Panther yang mempunyai berat 44tan mempunyai perisai hadapan 100mm disamping mempunyai meriam 75mm caliber lebih daripada T-34.kelajuan 40km dan lima orang crew didalam.


Kereta kebal Panther atau panzer V



Penggunaan Panther dibarisan hadapan tentera German di Rusia dapat membantu tentera German untuk mara dengan lebih mudah tanpa perlu risau dimusnahkan oleh kereta kebal T-34 lagi.
AMERICAN TAKE ADVANTAGE IN WW1 AND WW2?

Panther tank




Tiger tank



Crew: 5 (three in turret)
Weight (tons): 57 (Combat weight)
50.5 (Transport weight)
Height (meters): 3.00
Length (meters): 6.32 (excluding gun barrel)
8.45 (including gun barrel)
Width (meters): 3.14 (with transport tracks)
3.72 (with combat tracks)
Engine: V12 Maybach HL 210 P45 (650hp)
V12 Maybach HL 230 P45 (700hp) - later variants
Gearbox: Maybach OLVAR OG 40 12 16 (8 forward and 4 reverse)
Speed (km/h): 38 (road)
20 (cross country)
Range (km): 125 (road)
80 (cross country)
Radio: FuG 5 and FuG2
Armament: 88mm KwK 36 (56 calibers)
1 hull MG 7.92mm
1 coaxial MG 7.92mm
1 commander's hatch MG 7.92mm
Ammunition: 88mm - 92 to 120 rounds depending on modifications
7.92mm - 4800 rounds
Sight: TZF 9b later changed to TZF 9c