Tentera jepun memang memasang niat untuk menawan kawasan kawasan yang dikuasai oleh british.Semasa penulis disekolah rendah dan menengah.Buku buku sejarah banyak menceritakan mengenai tujuan tentera jepun menakluk asia tenggara pada waktu itu.Antara tujuan tentera jepun pada waktu tu nak bebaskan Malaya dari cengkaman british.Dengan menggunakan selogan Asia Untuk Asia.Tentera jepun mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.Tetapi tahukah anda tujuan sebenar tentera jepun menakluk Asia.
Tujuan sebenarnya tentera jepun ni sebenarnya ada untuk menguasai hasil negara kita seperti penjajah lain.Rakyat di tanah melayu ditipu.Pemimpin melayu pada waktu tu Ibrahim Yaakub pun tertipu dengan tektik jepun ni.Mereka menjanjikan kemerdekaan kepada penduduk tanah melayu.tapi sebaliknya yang mereka dapat hanya kesensaraan dan penindasan yang dilakukan oleh tentera jepun ni.
Tentera jepun ni sebenarnya lagi zalim dan ganas daripada penjajah barat.Jika dikaji balik sejarah orang jepun ni.mereka memang bangsa penjajah gak pada zaman dahulu.just cuma mereka mundur.Sebab tu mereka tidak mampu nak jajah negara lain waktu dahulu.Tapi apabila zaman permodenan jepun yang dilakukan oleh maharaja Meiji pada pertengahan tahun 1850.Kerajaan jepun menjadi antara negara Asia yang moden dan berjaya.Maharaja Meiji pada waktu itu melihat jepun memerlukan pembaharuan untuk menjadi sebuah negara yang moden.Kalau korang nak tahu.jepun sebelum Maharaja Meiji ni ambik alih tersangat la mundur.macam negara kita gak pada waktu tu.Negara jepun ni besar dan mempunyai penduduk yang ramai.So Negara Jepun ni kena dibahagikan kepada banyak negeri yang diperintah oleh tokugawa.Tokugawa ni lah yang berkuasa semasa pemerintahan Jepun kuno dulu.Maharaja ni macam boneka la.Maharaja tidak mempunyai kuasa untuk memerintah Negara Jepun.Walaupun Maharaja tidak mempunyai kuasa untuk memerintah dalam hal negara.Baginda mempunyai kuasa dalam hal keagamaan dan dan adat resam orang jepun.Rakyat jepun memang menghormati sistem beraja ni.Cerita lak pasal Tokugawa ni.Dorang ni macam ketua menteri la kat sana tu.Pangkat die taraf taraf ketua menteri yang memerintah negeri masing masing.Tokugawa ni pulak ade askar askar sendiri.Kite panggil samurai.Samurai ni kerja die berkhidmat untuk tokugawa.Tokugawa banyak gaji die.Gaji samurai ni bukan macam sekarang ni.pakai bank in la cash la.Dulu Samurai ni dibanyar dengan garam,makanan dan tempat tinggal yang disediakan oleh tokugwa ni.Bawah Pemerintahan tokugawa ni ade golonganan bangsawan yang mempunyai kuasa gak dalam pemerintahan yang diketuai oleh tokugawa ni.Biasanya golongan bangsawan ni mempunyai darah daging dengan tokugawa ni.
Semasa pemerintahan tokugawa pada waktu tu.Bukan aman cam sekarang ni.Mereka saling berperang antara tokugawa yang lain untuk berebut kawasan.Tokugawa yang lemah biasanya akan tewas.Dan kawasan dan tanah mereka akan dirampas.Pada waktu tu.Maharaja pon xleh wat ape ape pon.Maharaja hanya mendengar penasihat kate ape.Sory la nak dibandingkan dengan pemerintahan negara kita ni.Sultan pun xde kuasa nak memerintah.Kalau kat sekolah kita belajar sultan ni kat negara kita macam boneka.Cikgu cikgu banyak guna unggapan tu.Tapi sekarang ni xleh cakap macam tu.kang kena gam atau kena tahan polis lak.
Sambung balik pasal Tokugawa ni.Pada waktu awal abad ke 18.Lahirlah seorang putera raja maharaja jepun yang akan melakukan sesuatu yang luar biasa pada usia remaja baginda.Baginda diberi nama Meiji.Bermaksud perubahan.Maharaja Meiji ni melihat pemerintahan jepun yang dikuasai oleh tokugawa ni tidak adil dan banyak menyeleweng.Baginda pun dengan beraninya mengistiharkan perlembangan baru dibawah pemerintahan baru baginda.Apa lagi golongan Tokugawa ni mengamuk sakan la macam Datuk seri Nizar tu apabila kuasa beliau ditarik.Penyokong ade yang terlentang ditengah jalan.Agaknya penyokong Datuk Nizar ni nak belajar kuak lentang kat tar kot.xtau la.Balik cerita tadi.Golongan tokugawa ni xpuas ati.So mereka melancarkan peberontakan keatas maharaja Meiji ni.Sebagaimana yang korang tau.Rakyat jepun ni memang menghormati Maharaja ni.Bagi mereka maharaja ni utusan daripada syurga untuk memerintah mereka.Pemberontakan golongan tokugawa tidak berjaya.Mereka ditewaskan dengan askar maharaja.
Sebaik sahaja golongan tokugawa ni tewas.Mereka duduk kat kawasan terpencil bersama samurai mereka dan keluarga.Maharaja jepun ni lak mula mengatur langkah.Dengan menguatkan tentera diraja jepun dulu sebelum memulakan permodenan jepun.Ye lah mane tau nak memodenkan jepun alih alih kena serang lak nanti.kena tawan senang senang lak.Xsempat nak moden pon nanti.Tentera jepun yang mempunyai unit memanah infantri berpedang digantikan dengan unit bersenjata api.Senjata api ni bukan jepun buat.Tapi dorang ni import dari luar.Jurulatih menembak pon dorang import gak.Ye lah setakat dapat senjata kalau xtau gune buang karen jer.Macam cerita korang tengok The Last Samurai tu kan.Tom cruise latih Askar askar jepun tu.Kalau korang nak tau.macam tu lah keadaan sebenar tentera jepun pada waktu tu.Nak bubuh peluru pun ambik masa berjam.Tembak lak dalam jarak 10meter pon xtepat.So apabila tentera diraja jepun ni dah mahir.Maharaja memerintahkan golongan samurai yang menyorok kat kawasan pendalam jepun supaya menyerah dan diberi pengampunan.Hek ileh.Maharaja ni pon satu.Dema ingat samurai ngan bekas tokugawa tu nak menyerah senang senang ker.So Maharaja memerintahkan angkatan tentera jepun moden menyerang samurai samurai ni.Golongan samurai ni bukan nyer cikit.mereka ade banyak tau.Pertempuran yang best sekali semasa last battle of samurai.Dimana semua bekas tokugawa dan samurai berkumpul dan berperang.
Korang leh pikir sendiri la kan sape menang?ke nak bagi tau gak?ye lah tentera diraja jepun la menang.Tentera diraja jepun ni pakai senjata api.Manakala samurai ni pakai pedang dan panah.Belum sempat nak pancung tentera diraja jepun ni.Dorang dah gugur kena tembak dari jauh.Dengan tentera jepun pakai meriam dan meshigen lagi.Xde peluang la samurai samurai ni nak menang.
So apabila perang tamat.Maharaja meiji menumpukan permodenan jepun.Maharaja mula menstrukturkan sistem pemerintahan dan sistem pendidikan.Ramai anak anak muda jepun yang pandai dihantar keluar negara untuk belajar teknologi barat dan macam bidang sains dan ekonomi barat.Maharaja nak sistem jepun ni macam barat la.Semua nak tiru barat.Tu yang muncul Maria Ozawa tu.huhu...Xsamapi 50 tahun pembaharuan meiji ni.Negara jepun telah mencapai negara maju.wow.cepat tu.Negara kita dah 50 tahun mendeka tapi tetap xmaju2.Tapi aku bersyukur la.kerajaan sekarang prihatin walaupun banyak korupsi dinegara.Kita.xleh salahkan kerajaan seratus peratus.Mana mana kerajaan pon sama jugak.Macam sekarang Rakyat didahulukan pencapaian Diutamakan.Semoga slogan tu bukan sekadar slogan jer.Kena wat betul2 la ye.
Balik kepada cerita tadi.Apabila negara jepun ni dah maju.Evolusi perindustrian mula wujud.Bahan bahan mentah diperlukan untuk memajukan kilang kilang dan industri di jepun ni.Ye lah kan.nak buat makanan dalam tin mesti memerlukan besi.Xkan rakyat dah maju nak makan ikan kering jer.Mesti makan makanan dalam tin.Pembangunan yang pesat memerlukan bahan mentah untuk nak buat bangunan jalan raya.jalan kereta api.xkan nak naik kuda lagi kot.Negara maju kan..So negara jepun ni memerlukan bahan mentah yang banyak sangat.So dorang ni nak free jer.xmau banyar punya.Mula mula masa nak maju jer main bayar bayar ni.Lepas dah maju.xde nyer nak import bayar.Negara jepun yang tamak ni pon mula memikirkan camne nak kaya dengan cepat tanpa memerlukan kos yang besar.So mereka menyerang Korea.Korea pada waktu tu tidak terbahagi kepada 2 lagi.mereka masih bersaudara lagi la kan.Japan menyerang Korea dengan kekuatan tentera moden yang kuat.Pada waktu tu korea ni masih tahap mundur lagi.xtau ape ape pasal perkembangan luar.xde nyer macam winter sonata tu.yang tu dah maju giler dah.yang ni askar korea pakai pedang lagi bile nak bertempur.sebahagian unit jer bersenjata.Jepun ni dah la moden kelengkapan perang banyak lak tu.siap ada armada laut dengan kapal perang besar dan moden.Tentera korea tewas dengan mudahnya.Rusia yang bejiran dengan jepun rasa tergugat la pulak.Rusian pon hantar kapal perang dan tentera untuk mengekang kemaraan jepun ni.Maka first battle antara tentera moden Asia dengan Negara Barat bermula.Pada awal peperangan kapal perang rusia ni kalah.dan tentera mereka di sempadan korea kalah.Kalau korang nak tau.Kerajaan rusia bukan hantar angkatan tentera yang besar untuk mengekang Jepun ni.Rusia ingat jepun ni senang nak dikalahkan.ternyata dorang silap apabila jepun berjaya mengalahkan tentera rusia ni.Maka Rusia menghantar armada yang besar untuk mengekang tentera jepun ni.Bile kite belajar sejarah.Askar jepun yang menang right?Tapi bile kite kaji balik pertempuran yang berlaku.Akhir peperangan tu.tentera jepun tidak mampu nak bertahan dengan serangan tentera Rusia.Nasib perang tu xlame.Tentera antara dua negara tu tidak bertempur untuk mengelakkan perang lebih besar meletus.Tidak lama kemudian perang dunia pertama tercetus.Dalam perang dunia pertama ni.jepun memainkan peranan dalam menyekat kemaraan tentera laut jerman dalam pertempuran laut.Cuba lihat history world japan battleship in ww1.Peranan jepun ni macam xdiiktiraf oleh Barat.Ye lah malu kan negara Asia boleh menyekat tentera laut German yang kuat pada waktu tu.Sedangkan mereka pon terkontang kanting dalam ww1 tu.Selepas perang dunia pertama tamat.Negara jepun cuba menjadi salah satu negara terkuat di dunia dengan memperkuatkan angkatan tentera mereka.Amerika yang melihat perkembangan ni rasa tergugat dan takut.Amerika dan sekutu die pada waktu tu British France yang menopoli dunia membuat penjanjian menyekat eksport dan import dengan jepun.semua sekutu mereka tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti dengan Jepun.Jepun yang berang dengan sekatan tu mengambil keputusan menyerang negara china.Cerita pasal negara china ni.lupa lak.Jepun pernah menguasai sebahagian kecil negara jepun semasa pemerintahan maharani dowager dulu.Negara jepun pernah berperang dengan negara china.Pada waktu tu 9 kuasaa besar dunia antaranya America British France Germany termasuk japan berperang untuk menakluk sebahagian daripada negara China.hasil peperangan tu.Jepun bejaya mendapat beberapa perlabuhan dan kawasan yang dikuasai China.Tetapi Revolusi Negara China yang diketuai oleh dr sun berjaya menghalau negara barat dan jepun keluar daripada negara China.Walaupun xsemua kawasan dikuasai barat berjaya diusir.Berbalik kepada rancangan jepun untuk mengusaai China.Tentera jepun mempunyai perancangan yang terliti untuk menyerang negara China ni.Mereka telah menghantar pegawai pegawai untuk menjalankan operasi intipan di negara china,Pada julai 1937 Jepun telah menyerang negara China.Serangan tentera jepun ni ganas beb.Sebelum menyerang sesuatu kawasan.Jepun mengebom kawasan tu habis habisan dengan menggunakan tentera udara.Selepas mengebom menggunakan tentera udara.disusluli dengan tembakan alteleri kearah kawasan yang dikuasai tentera China.Tentera jepun juga menggunakan bom kimia yang berkesan pada waktu tu.Kereta kebal jepun lak pada waktu moden.berbanding dengan kereta kebal negara china pada waktu tu menggunakan teknologi perang dunia pertama.Tiada tandingan lah peperangan antara jepun dan china ni.Perang yang berlaku antara 1937 ke 1941 menyebabkan sebahagian besar negara china berjaya dikuasai oleh jepun...Adoi penat den taip ni..nntikan sambungan nyer.SOry lah xcite detail pasal nama pertempuran dan dimana pertempuran dan tarikh berlaku.xcukup masa la.lepas ni ade kelas pulak.
terbaik bro...
ReplyDelete