MY BLOG IS YOU BLOG

COME SHARE THE STORY WITH ME ABOUT WW2 WW1 FISHING YOU HOBBY AND EVERYTHING NEW IN YOU PLACE

Wednesday, January 19, 2011

KOREA SELATAN

Korea Selatan tidak gentar

KWANG-RAE (kiri) antara tonggak yang membantu Korea Selatan mencipta kejayaan pada Piala Asia 2011.


DOHA, Qatar - Korea Selatan perlu menewaskan Iran untuk menempah slot ke separuh akhir Piala Asia 2011, sekali gus memenangi gelaran pertama sejak 1960.
Begitupun, jurulatih, Cho Kwang-Rae berkata, dia tidak gentar untuk bertemu pasukan gergasi dari negara Timur Tengah itu.
Korea Selatan melangkah ke suku akhir selepas menewaskan India 4-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan C kelmarin meskipun terlepas kedudukan selaku juara kumpulan kepada Australia dengan perbezaan jaringan.
Jika Korea Selatan berjaya menjaringkan satu lagi gol, mereka mungkin mengenepikan skuad The Socceroos dan mengatur pertemuan dengan naib juara Kumpulan D iaitu Iraq, Emeriyah Arab Bersatu (UAE) atau Korea Utara.
Bagaimanapun, Kwang-Rae menegaskan, dia tidak berminat untuk memikirkan prospek mengenai pertemuan menentang Iran itu.
"Apabila bercakap mengenai Iran, mereka adalah salah sebuah pasukan terkuat dalam bola sepak Asia, jadi sekiranya kami mahu pergi lebih jauh dalam kejohanan ini, kami perlu berdepan mereka dan menewaskan mereka," katanya.
"Sekiranya saya mahu menewaskan Iran, saya perlu menurunkan pasukan terbaik dan memandang ke hadapan. Kami perlu menewaskan mereka, itu adalah fokus kami."
Iran menewaskan Korea Selatan 1-0 ketika kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi persahabatan pada September lalu tetapi Kwang-Rae berkata, prestasi semasa skuad kendaliannya telah memberikan keyakinan kepadanya.
"Saya ada melihat beberapa perlawanan dalam Kumpulan D. Saya telah menganalisis Korea Utara dan Iraq. Saya selesa apabila bertemu Iran," kata Kwang-Rae yang menggantikan Huh-Jung Moo selepas Korea Selatan mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2010.
"Kami bertemu dalam satu perlawanan persahabatan di Seoul menentang Iran dan sekiranya kamu membandingkan perlawanan itu dengan sekarang, saya yakin kami lebih baik.
"Saya fikir apabila kami bermain menentang mereka, kami mampu mengawal permainan dengan lebih baik." - AFP

No comments:

Post a Comment