|
Hitler dan Mussolini |
|
Jeneral Poland dan German bersalaman | | | | | | | | | | | |
|
|
kereta kebal Poland |
|
Peralatan tentera German lebih moden |
|
Pengeboman ke bandar bandar Poland |
|
Senjata askar Poland yang menyerah kalah |
Perang dunia kedua bermula pada 1 september 1939 dimana German menyerang Poland.Dua hari selepas serangan keatas Poland.Negara british dan France mengistiharkan perang keatas German.Poland yang bersekutu dengan negara France dan British telah membuat penjanjian bahawa akan melindungi satu sama lain apabila diserang.Rusia juga turut menyerang poland.Ini menyaksikan perebutan negara Poland diantara dua kuasa besar iaitu Rusia dan German.Akhirnya setelah bertempur sekian lama.Tentera German berjaya menewaskan tentera Poland dengan jayanya.Ini disebabkan tentera German mempunyai tentera yang lebih besar dan mempunyai mesin perang yang lebih moden.Kejayaan tentera German juga disebabkan mempunyai keupayaan tentera udara yang dikenali Luftwafe telah mengebom kedudukan tentera Poland dengan berkesan tanpa dogfight daripada pihak Poland.Keupaan tentera udara German memainkan perana yang penting selain daripada strategi tentera German yang menggunakan serangan kilat iaitu dikenali sebagai blitzkrieg.Serangan kilat atau blitzkrieg ialah strategi serangan pantas yang digunakan tentera German untuk mengalahkan tentera musuh dengan berkesan.Dengan menggunakan unit serangan berperisai yang dikenali sebagai panzer.Panzer iaitu unit yang mengandungi kereta kebal dan perisai sahaja.Serangan blitzkrieg menyebabkan kedudukan tentera musuh huru hara dan tidak teratur.Pada awal peperangan tektik briztkrieg begitu berkesan dimana tentera musuh bersenjatakan raifal dan meriam alteleri juga sedikit kereta kebal tidak berupaya menahan kemaraan tentera German yang menggunakn kereta kebal yang laju dan perisai yang lebih tebal.Antara kereta kebal yang digunakan oleh pihak german pada awal perang dunia pertama ialah Panzer III dan juga Panzer IV Kemaraan tentera German di bantu oleh tentera udara German atau dikenali sebagai Luftwafe.Dimana kapal terbang German lebih moden dan berkeupayaan membawa muatan bom yang lebih banyak dan lebih laju daripada kapal terbang Poland.Antara kapal terbang yang terkenal yang berjaya memusnahkan banyak musuh ialah STUKA.Stuka berkeupayaan membawa bom seberat 4000 paun disamping mempunyai kelajuan melebihi 250mph.Kejayaan menawan Poland dengan pantas dan tidak mendapat tentangan yang kuat menyebabkan adoft hitler mula memikirkan pelan baru iaitu menawan negara Eropah yang lain.Pada bulan may dan april tahun 1940 Futher German itu kemudian mengarahkan tentera German menyerang negara Belgium Belanda dan Luxembourg(Negara bawah aras laut).Tentera German begitu yakin dapat menewaskan tiga negara Eropah di barat laut Eropah dengan jayanya.Negara Negara bawah aras laut ini cuma bertahan dengan kekuatan yang sedia ada.Mereka cuba bertahan dengan membuat kubu di garisan sempadan.Tetapi tentera German dengan pantas menawan kebanyakan pos pos pertahanan negara belanda belgium dan luxembourg dengan pantas.Kemuncak peperangan apabila futher German mengarahkan serangan udara secara besar-besaran ke atas negara-negara barat laut Eropah ini.Ketua negara belanda dan belgium mendapat tahu bahawa tentera German hendak menggunakan serangan udara secara besar-besaran.Mereka mengambil keputusan untuk menyerah kalah dan menghubungi pihak German untuk menyerah kalah.Pihak German memanggil skudron Luftwafe kembali ke German tetapi pesanan itu lambat sampai kepada tentera udara German.Pasukan udara Luftwafe terus mengebom negara bawah aras laut dengan hebatnya.Bandar-bandar di negara belanda belgium musnah teruk disebabkan pengeboman tentera udara German.Tidak cukup dengan itu.Tentera German menawan negara Norway dan Denmark untuk mendapatkan bekalan besi dan bahan mentah yang lain untuk membuat peralatan tentera.Pada awal tahun 1940 tentera British dan France telah mara ke utara France iaitu di brussel namur dan antwerp.Tentera yang lebih dikenali sebagai tentera bersekutu ini mara ke utara France untuk menyerang kedudukan tentera German.Pihak tentera bersekutu yakin bahawa tentera German tidak dapat menembusi pertahanan yang dibuat oleh tentera bersekutu di utara Frace.Tentera bersekutu menempatkan meriam meriam berat.mashigen berat dan banyak meriam penangkis kereta kebal disamping kekuatan askar hampir satu juta tentera.Selain daripada alteleri dan meriam penangkis kereta kebal.Pihak bersekutu juga mempunyai kereta kebal yang dikatakn susah nak dikalahkan iaitu Matilda.Matilda ialah sebuah kereta kebal british yang mempunyai perisai yang tebal dan meriam yang lebih baik daripada kereta kebal German.Matilda diketegorikan sebagai kereta kebal berat.Kereta kebal Tetrarch British juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan kepada kereta kebal Matilda.Selain daripada Matilda France juga mempunyai kereta kebal yang berkesan iaitu kereta kebal hotckiss H35. Char 2c .Char B1. Renault R35.dan banyak lagi yang dikatakan maju dan terbaik pada masa itu.Begitupun tentera German di bawah jeneral
atau field marshal Gerd Von Rundsted Gunther Von Kluge Georg Von Kucler Fedor Von Bock Erwin bomel tegas menyatakan bahawa tentera German harus melakukan sesuatu untuk mengalahkan tentera bersekutu.Salah sorang daripada jeneral tentera german memutuskan untuk membuat serangan kilat tetapi bukan menyerang berhadapan dengan pertahanan tentera bersekutu.Sebaliknya melalui belakan kedudukan tentera bersekutu.Nama jeneral tentera German yang mencadangkan serangan kilat dari belakang kedudukan tentera bersekutu aku dah lupe tapi beliau salah seorang jeneral yang memainkan peranan dalam kejayaan tentera German semasa penaklukan tentera German keatas negara Poland.Beliau yang membuat keputusan untuk menyerang dari belakang pertahanan tentera bersekutu.Menyerang melalui belakang pertahanan tentera bersekutu dapat melemahkan pertahanan tentera bersekutu dengan memutuskan bekalan makanan belakan ubatan dan bekalan peluru tentera bersekutu.
|
Askar askar German mara masuk ke bandar France |
|
Pesawat Stuka terbang diatas bandar Paris membuat tinjauan |
|
Askar German masuk ke bandar France |
|
Askar German mara ke France |
|
Kubu Kuat France dikalahkan tentera German |
|
Paris jatuh ke tangan German
Apabila bekalan tentera british dan france disekat.mereka hanya mengharapkan bekalan yang sedia ada sahaja.tentera british dan france cuba menyerang kedudukan tentera German dibelakang kedudukan pertahanan mereka tetapi tidak berjaya.ini disebabkan kebanyakan alteleri berat dan segala peralatan tentera menghadap kehadapan barisan pertahanan british dan france.Melihat kesulitan yang dihadapi oleh tentera british dan france.hitler mengarahkan tenteranya mara dengan pantas untuk menewaskan tentera bersekutu.kemaraan tentera German tidak dapat digugat lagi apabila mereka berjaya mengepung kedudukan tentera bersekutu.tentera bersekutu cuba melengah lengahkan pertempuran di hadapan mereka dengan meletakan askar askar france yang berani untuk berkorban bertempur habis habisan dihadapan sementara askar yang cedera dan selebihnya berundur ke pelabuhan untuk berundur melalui laut.Tentera bersekutu berpendapat bahawa mereka tidak akan menang jika terus bertempur tanpa bekalan makanan dan peralatan perang yang mencukupi.jalan yang terakhir adalah melalui penunduran. Di pihak tentera German pula.Pasukan panzer mengalami keletihan dan banyak kereta kebal dan perisai mengalami kerosakan disebabkan pertempuran yang berpanjangan tanpa henti.Hitler mengarahkan askar German berehat selama dua hari untuk membaiki kerosakan pasukan panzer mereka disamping memberi askar mereka rehat yang secukupnya.selepas dua hari berlalu.hitler mengarahkan pasukan panzer mara kehadapn.pada masa yang sama.hujan lebat melanda kawasan kemaraan tentera German.Ini memberi ruang kepada tentera France dan British untur berundur melalui jalan laut.Kebanyakan askar bersekutu dapat berundur dengan selamat ke tanah British.Perdana Menteri British mengarahkan sebuah ekspedisi menyelamat ke tempat askar askar bersekutu terperangkap di pelabuhan utara France.Beribu ribu bot kecil dan besar mara ke utara France dan membawa askar askar bersekutu.Tetapi peralatan berat tentera bersekutu tidak dapat dibawa dan terpaksa ditinggalkan mereka diperlabuhan. Apabila panzer sampai dikawasan perlabuhan itu.mereka mendapati yang tinggl hanyalah jentera dan perlatan perang tentera bersekutu disamping hanya sedikit askar bersekutu yang tidak sempat menaiki kapal dan bot untuk berundur. Nampak nya askar bersekutu terselamat daripada ditawan oleh tentera German peperangan kali ini.akan tetapi pertahanan utara France telah runtuh sepenuhnya.yang tinggl hanya beberapa pos dah kubu pertahanan kecil yang dikawal oleh sedikit askar France. selepas jatuhnya pertahanan akhir yang kuat diutara France. Beribu ribu Kereta kebal tentera German masuk ke negara France dengan sedikit tentangan daripada pihak France.Perdana menteri France pernah menghubungi perdana menteri british dan memberitahu bahawa mereka sudah tewas apabila kekuatan tentera bersekutu dikepung semasa bertahan di utara france. |
No comments:
Post a Comment